Friday, November 23, 2012

SCALES OF MEASUREMENTS


Statistical information, including numbers and sets of numbers, has specific qualities that are of interest to researchers. These qualities, including magnitude, equal intervals, and absolute zero, determine what scale of measurement is being used and therefore what statistical procedures are best. Magnitude refers to the ability to know if one score is greater than, equal to, or less than another score. Equal intervals means that the possible scores are each an equal distance from each other. And finally, absolute zero refers to a point where none of the scale exists or where a score of zero can be assigned.
When we combine these three scale qualities, we can determine that there are four scales of measurement. The lowest level is the nominal scale, which represents only names and therefore has none of the three qualities. A list of students in alphabetical order, a list of favorite cartoon characters, or the names on an organizational chart would all be classified as nominal data. The second level, called ordinal data, has magnitude only, and can be looked at as any set of data that can be placed in order from greatest to lowest but where there is no absolute zero and no equal intervals. Examples of this type of scale would include Likert Scales and the Thurstone Technique.
The third type of scale is called an interval scale, and possesses both magnitude and equal intervals, but no absolute zero. Temperature is a classic example of an interval scale because we know that each degree is the same distance apart and we can easily tell if one temperature is greater than, equal to, or less than another. Temperature, however, has no absolute zero because there is (theoretically) no point where temperature does not exist. 
 
 
Finally, the fourth and highest scale of measurement is called a ratio scale. A ratio scale contains all three qualities and is often the scale that statisticians prefer because the data can be more easily analyzed. Age, height, weight, and scores on a 100-point test would all be examples of ratio scales. If you are 20 years old, you not only know that you are older than someone who is 15 years old (magnitude) but you also know that you are five years older (equal intervals). With a ratio scale, we also have a point where none of the scale exists; when a person is born his or her age is zero.
 
 
Table 8.1: Scales of Measurement
 
Scale Level
Scale of Measurement
Scale Qualities
Example(s)
4
Ratio
Magnitude
Equal Intervals
Absolute Zero
Age, Height, Weight, Percentage
3
Interval
Magnitude
Equal Intervals
Temperature
2
Ordinal
Magnitude
Likert Scale, Anything rank ordered
1
Nominal
None
Names, Lists of words



Reference from AllPsych Online.com
Author: Dr. Christopher L. Heffner
Published: March 11, 2004

 

Here are some notes to be view..

just relax,sit back and listen...

 

 


RESEARCH METHODS INSTRUMENTS

 

HAPPY VIEWING...

Friday, November 9, 2012

KONSEP INSTRUMENTASI


INSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN


Konsep Instrumentasi

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia, serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku  sampel diukur menerusi pentadbiran alat penyelidikan yang dipilih.


Konsep Kaedah Tinjauan


Definisi:  proses mendapatkan maklumat secara sepintas lalu menerusi sekali sahaja kutipan data.

Analogi:  umpama foto, menjelaskan situasi pada masa gambar ditangkap.

Andaian:

Pola tingkah laku masyarakat sukar berubah secara mendadak, sebaliknya cenderung dipengaruhi kehendak masyarakat ketika itu.

Tatacara:

Penyelidik menyediakan alat untuk  ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan kaedah analisis yang telah dirancang oleh penyelidik. Walaupun teknologi memungkinkan soal selidik ditadbirkan secara dalam talian (online),  mesej pesanan ringkas (SMS) atau mesin faksimili, pelajar prauniversiti dikehendaki menggunakan kaedah klasik, iaitu menggunakan kertas-pensil bagi mengisi set soal selidik yang diedarkan.

Pentadbiran:

Penyelidik muda prauniversiti memilih sampel --> edar set soal selidik yang sama --> kutip semula 100% --> analisis data

Kelebihan Kaedah Tinjauan Soal Selidik


1   Proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan

2   Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar

3   Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat

4   Fleksibiliti dari segi item soal selidik


Kekurangan Kaedah Tinjauan Soal Selidik


1  Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman

2   Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan

3   Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar.

 

Tatacara membina item soal selidik


Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.

Format Soal Selidik:

1   Surat makluman - dijadikan muka surat hadapan.

     Masukkan butiran nama dan alamat e-mel penyelidik; organisasi penyelidik (tempat kerja, tempat belajar) harapan penyelidik seperti "menjawab dengan suci hati. Selain itu, nyatakan dengan ringkas bahawa "penyelidikan ini adalah sulit" dan berkonsep tanpa identiti sampel. Surat hendaklah ringkas, serta menggunakan format rasmi.

2   Latar belakang / profil sampel / responden

     bersangkutan maklumat yang diperlukan sahaja -->  agama, jantina, lokasi rumah, dan lain-lain

3    Bahagian item soal selidik

       Disusun secara rawak supaya sampel tidak boleh belajar, atau cuba menetapkan pola jawapan. Sebaik-baiknya sistem penomboran item bermula daripada profil sampel mengikut ertib. Jangan lupa bahawa kesejajaran item dengan bab 1 dan 2 sentiasa dibuat semakan.


Akhiri soal selidik dengan catatan "terima kasih".


Bentuk Item Soal Selidik Respons Tertutup * / Aneka Pilihan  (closed-ended questions)


1   Binari:  Adakah anda memiliki buku teks ekonomi?        Ya   /  Tidak

2   Skala Likert (empat mata)

:   Buku teks wajib dimiliki setiap pelajar.    Amat setuju /  Setuju  /  Tidak Setuju  /  Tidak pasti

                                                  
 :  Adakah anda kerap merujuk buku teks?    sentiasa / kadang-kadang / tidak pernah / tidak pasti

                                                   
:   Adakah tahap persembahan buku teks anda?   amat baik / baik / sederhana / lemah

3   Thurston:  Nyatakan sumber pemilikan buku teks anda.

                        A.  Beli sendiri buku teks baharu

                        B.  Beli buku teks terpakai

                        C.  Pinjam buku kawan

                        D.  Tiada pemilikan

Penyelidik muda prauniversiti digalakkan menggunakan skala Likert empat mata.

* dipilih bagi mewujudkan keseragaman jawapan / memudahkan proses analisis data


Ciri-ciri item soal selidik yang baik

1   Bersesuaian dengan latar belakang dan kesediaan responden (sampel). Item dibina
     dengan jelas, teliti  dan tidak berat sebelah.

2   Ruang pilihan jawapan memadai dan jelas. Arahan bulatkan, X atau / mestilah juga jelas.

3   Telah melepasi senarai semak penyelidik, contohnya:

     a)  Adakah item yang dibina sejajar dengan tajuk penyelidikan?

     b)  Adakah item yang dibina dapat memberikan data tentang masalah penyelidikan?

     c)  Adakah item yang dibina menepati objektif penyelidikan?

    d)  Adakah item yang dibina sejajar dengan soalan penyelidikan / hipotesis penyelidikan?

     e)  Adakah item yang dibina merujuk kepada maklumat dalam tinjauan bacaan?

     f)   Adakah item yang dibina sejajar dengan jenis data yang hendak dikutip?

     g)  Adakah item yang dibina telah diklasifikasikan dalam jadual perincian ciri
          pemboleh ubah?

     h)   Adakah laras ayat dan bahasa yang digunakan telah diuji (dalam kajian rintis)?

      i)   Adakah item yang dibina telah dibincangkan dengan pakar / penyelia /
          guru akademik tingkatan 6?

     j)    Adakah perkara ketanpanamaan (anonymity) telah dijamin?

     k)   Adakah soalan profil / latar belakang responden diasingkan dalam kategori yang
         berbeza dengan item soal selidik utama?


Perkara Yang Mesti Dielakkan

1   Item soalan yang mengaibkan sampel / membebankan / memudaratkan

2   Item soalan mendedahkan sampel kepada pelbagai risiko: ancaman terhadap pekerjaan,
     rumah tangga

3   Soalan dua beban (double-barreled): adakah anda memiliki buku teks dan buku
     rujukan?

4    Soalan panjang lebar, iaitu memasukkan ayat penjelasan dan soalan yang berjela-jela.
      (short items are best)


Contoh Jadual Persediaan Pembinaan Item Soal Selidik
(format matrik)

Bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala:             4  =  amat setuju
                                                                                             3  =  setuju
                                                                                             2  =  tidak setuju
                                                                                             1  =  tidak pasti

Bil     Item (berdasarkan maklumat tinjauan bacaan)                                        Skala 


  1      Buku teks ialah rujukan utama pembelajaran                                       4       3      2     1

   2     Buku teks merangkumi semua kehendak sukatan pelajaran               4       3      2     1

   3     Format buku teks menarik minat pelajar                                              4       3      2     1

    4    Fakta buku teks sentiasa relevan dengan perubahan masa                4      3       2     1

    5    Guru sentiasa mengingatkan rujukan buku teks                                  4      3       2      1

    6    Soalan peperiksaan digubal berdasarkan buku teks                           4      3       2      1

    dan item seterusnya...


Semakan Klasifikasi Item


Fakta Tinjauan Bacaan                                  Jumlah Item               Nombor Soalan
  
Fungsi / kegunaan buku teks                                      6                     1, 6, 13, 18, 22, 26

Masalah pemilikan / pinjaman buku teks                    6                     2, 7, 14, 19, 23, 27

Minat pelajar terhadap buku teks                                6                     3, 9, 16, 21, 25, 29

dan seterusnya...


Penutup:

Sebelum item soal selidik dimuktamadkan untuk pentadbiran penyelidikan


Semak beberapa kali untuk proses penambahbaikan item. Penyelidik boleh meminta pendapat rakan penyelidik yang lain (peer review), atau bertanyakan individu-individu yang mempunyai latar belakang yang serupa dengan bakal sampel / responden. Cara ini dikira sudah memadai bagi penyelidik muda prauniversiti menggantikan kajian rintis yang biasa dilakukan dalam penyelidikan tinjauan skala besar.


Bibliografi

Babbie, Earl  (2010).  The Practice of Social Research. USA: Wadsworth Cengage Learning

Chua Yan Piaw (2006).  Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education

Mohd Najib Abdul Ghafar  (2003).  Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi MalaysiaAll about Reseach Methods