Thursday, December 20, 2012

KAJIAN RINTIS

Kajian Rintis
 
 
Merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data bermula.
 
Matlamatnya adalah untuk mencari masalah dalam soal selidik, termasuk soalan yang
lemah, arahan yang tidak lengkap dan item yang sukar dijawab.
 
Garis panduan kajian rintis.
 
1. Tidak boleh gunakan kumpulan fokus sebenar.
 
2. Untuk kajian baharu, lakukan dua kali ujian rintis.
 
3.Jumlah responden tidak ditentukan dengan tepat, dicadangkan sekurang-kurangnya 25
   orang, lebih baik antara 50 – 75 orang.
 
 
Procedures for Administering the Data Collection.
 
  • Train researchers to collect observational data
 
  • Develop standard written procedures for administering an instrument
  • Obtain permission to collect and use public documents
  • Respect individuals and sites during data gathering (ethics)






 
 

Kesahan Ujian

Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.

Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.

Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

1 comment: